ADUN Telemong, YB Rozi bin Mamat antara tetamu kehormat yang turut menerima kalungan dari Masyarakat Orang Asli
Wednesday, April 14, 2010
MB TURUN PADANG BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI SUNGAI BERUA, KUALA BERANG
ADUN Telemong, YB Rozi bin Mamat antara tetamu kehormat yang turut menerima kalungan dari Masyarakat Orang Asli
Wednesday, April 7, 2010
Program Mesra Penduduk
MESRA...Pertemuan antara penduduk dengan PPD Manir, Encik Yusof Awang Hitam.
MANIR, 10 Mac - Program yang tidak formal ini telah diadakan pada jam 5.30 petang di Binjai Manis, Manir, Kuala Terengganu.
Pegawai Pembangunan DUN Manir YBhg. Encik Yusof Awang Hitam sentiasa meluangkan masa untuk bermesra dengan penduduk setempat.
Lebih 20 orang penduduk tempatan hadir minum petang dalam program beramah mesra.
PPD DUN Manir datang untuk meninjau permasalahan masyarakat di dalam kawasan sambil dan bertukar fikiran serta cadangan bagi memajukan masyarakat.
HULU TERENGGANU HARI INI
Tuesday, April 6, 2010
WARGA EMAS DIBANTU
berita penuh
MB TURUN PADANG
BINCANG..... MB mengatakan sesuatu kepada YB Rozi Mamat bagi memastikan
projek kerajaan memberi manfaat kepada rakyat
Sunday, April 4, 2010
SEHARI PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI
Ahad
4 April 2010
Oleh : Mohd Ridzuan Bin Mamat
Sungai Berua, Kuala Berang – Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Telemong dengan kerjasama APMT Dun Telemong dan Jabatan Kebajukan Masyarakat Daerah telah menganjurkan satu Program Sehari Pemimpin bersama Masyarakat Orang Asli semalam.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna kanak-kanak tabika orang asli, gotong-royong membersihkan kawasan penempatan orang asli dan sukaneka rakyat . selain itu, penyampaian bantuan keperluan harian kepada masyarakat orang asli tyryt dijalankan.
YB Hj. Rozi Mamat berkata “ Pihak kerajaan pada hari ini tidak pernah meminggirkan masyarakat orang asli malah akan sentiasa membela nasib mereka bagi sama sama mengecapi arus pembangunan negara. Selain itu, pelaksanaan program sebegini dapat mendekati semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik malah dapat berkongsi cara kehidupan mereka”
Pada masa sama, Pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dun Telemong merancang untuk mengadakan Program Berkhatan kanak-kanak orang asli secara beramai-ramai dan bercadang akan menjadikannya satu program tahunan di sini.