Sunday, April 4, 2010

SEHARI PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI



Ahad
4 April 2010

Oleh : Mohd Ridzuan Bin Mamat


Sungai Berua, Kuala Berang – Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Telemong dengan kerjasama APMT Dun Telemong dan Jabatan Kebajukan Masyarakat Daerah telah menganjurkan satu Program Sehari Pemimpin bersama Masyarakat Orang Asli semalam.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna kanak-kanak tabika orang asli, gotong-royong membersihkan kawasan penempatan orang asli dan sukaneka rakyat . selain itu, penyampaian bantuan keperluan harian kepada masyarakat orang asli tyryt dijalankan.

YB Hj. Rozi Mamat berkata “ Pihak kerajaan pada hari ini tidak pernah meminggirkan masyarakat orang asli malah akan sentiasa membela nasib mereka bagi sama sama mengecapi arus pembangunan negara. Selain itu, pelaksanaan program sebegini dapat mendekati semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik malah dapat berkongsi cara kehidupan mereka”

Pada masa sama, Pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dun Telemong merancang untuk mengadakan Program Berkhatan kanak-kanak orang asli secara beramai-ramai dan bercadang akan menjadikannya satu program tahunan di sini.













No comments:

Post a Comment