Tuesday, April 12, 2011

Juara Bulan Kebajikan yang diadakan di lima buah kampung baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian masyarakat untuk bersama-sama terlibat melalui pengisiannya.

Kampung Langgar,Pulau Kudat,Butut,Kuala Kejir dan Tanggol telah menjadi tumpuan melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti senamrobik,pertandingan mewarna,program gotong royong,jamuan rakyat dan sebagainya.

Rata-rata penduduk lima buah kampung ini keluar tidak kira usia meraikan bersama setiap aktiviti dan jelas tergambar diwajah mereka keseronokan menyertai program Juara Rakyat Bulan Kebajikan.

Program ini ternyata menyatupadukan penduduk sekitar,sekaligus merapatkan hubungan mereka dengan pemimpin












HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh

JUARA RAKYAT-KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT



Kejayaan program Juara Rakyat bulan Kebajikan di lima buah kampung dalam DUN Kuala Berang terbukti berjaya menarik perhatian penduduk di sekitar untuk meraikan setiap program yang dilaksanakan.


Kampung yang bertuah iaitu Kampung Butut,Langgar,Pulau Kudat,Kuala Kejir dan Tanggol menjadi pesta yang cukup meriah yang berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat untuk berkumpul melalui aktiviti yang dilaksanakan.

Senamrobik,larian ria,gotong royong kampung dan sebagainya turut menyaksikan pemimpin turun padang untuk bersama masyarakat sekaligus merapatkan lagi hubungan mereka.Rata-rata penduduk yang ditemui merasa gembira dan puas hati dengan pelaksanaan program yang merapatkan silaturrahim antara satu sama lain.

Pengerusi Program Bulan Juara Rakyat,YB Haji Zawawi Ismail turut menyatakan rasa puas hati dengan penglibatan semua pihak termasuk penduduk kampung dalam menjayakan program tersebut.

HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh