Wednesday, October 26, 2011

JKKK DUN Kuala Berang cipta pulut kuning terpanjang


Oleh: Mastura Jamaluddin

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Kuala Berang merampas kembali rekod pulut kuning terpanjang di Malaysia melalui Malaysian Book of Record selepas mencipta pulut kuning sepanjang 487.5 meter, mengatasi rekod terdahulu 400 meter yang dibuat sebuah persatuan di Perak.

Sebanyak 30 buah JKKK di kawasan berkenaan bergabung bagi menghasilkan pulut kuning tersebut yang menggunakan lebih 1,200 kilogram beras pulut dan 90 biji kelapa.

Pulut kuning itu dibuat sempena Karnival Usahawan Hulu Terengganu anjuran MARA dengan kejasama Biro Ekonomi dan Keusahawanan UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang diadakan selama 11 hari bermula 24hb Oktober hingga 4hb November ini.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, YBM Dato’Haji Tengku Putera Tengku Awang mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan UMNO Bahagian Hulu Terengganu , Haji Shamsaiful Mahari, berkata sebanyak 70 buah gerai yang menjual pelbagai barangan dibuka oleh usahawan tempatan dan luar seperti Kuala Lumpur dan Pahang sepanjang karnival itu.

“Kami juga mendapat kerjasama daripada agensi-agensi lain seperti Hospital Hulu Terengganu yang mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma dan sekolah yang menyediakan khidmat catering bagi makan minum.

“Tujuan utama karnival ini dianjurkan ialah bagi merapatkan hubungan antara agensi-agensi ini dengan peniaga-peniaga supaya kita dapat bergabung dalam setiap kepakaran yang kita ada,” katanya pada majlis perasmian karnival tersebut.

Turut hadir ialah ADUN Kuala Berang, YB Haji Mohd Zawawi Ismail; Timbalan Pengarah MARA Negeri Terengganu, Encik Mohd Tahir Mohd Jusoh dan wakil-wakil jabatan kerajaan serta pemimpin setempat.

HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Friday, October 7, 2011

467 pelajar di DUN Kuala Berang terima e-Book

Oleh: Mastura Jamaluddin



Seramai 467 pelajar Tahun 4 di kawasan Dewan Uundangan Negeri (DUN) Kuala Berang menerima e-Book daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, dalam satu majlis di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, petang semalam.

Pelajar berkenaan yang ditemani ibu dan bapa mereka begitu teruja apabila menerima kemudahan itu yang dibekalkan kepada mereka secara percuma.


Salah seorang pelajar, Wan Nurain Anif Afiqah Wan Nazeli, dari Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, berkata dia sangat gembira mendapat e-Book dan menunggu hari pembahagiannya sejak beberapa hari lalu hinggakan tidak dapat melelapkan mata.

Beliau berjanji akan menggunakan e-book yang diberikan sebaik mungkin bagi meningkatkan prestasi pembelajarannya.

Sementara itu, Menteri Besar dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri sentiasa memertabatkan bidang pendidikan dan pembangunan modal insan kerana ingin melihat lebih ramai anak-anak Terengganu mencapai kejayaan.

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri , Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Haji Mohd Nor Othman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, YB Haji Zawawi Ismail.

HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Thursday, August 4, 2011

Pasar Kuala Berang dibuka sepenuhnya September ini.

Oleh : FAUZI MOHD.


YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said ketika meninjau kemajuan pembinaan Pasar Kuala Berang pada bulan Mei, 2011 lalu.

Pasar baru Kuala Berang yang dirancang bakal dibuka sepenuhnya awal bulan lalu, ditangguhkan sebulan lagi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Haji Talaha Ali berkata, pasar yang dibina dengan kos RM12 juta itu menerima peruntukan tambahan RM500,000 daripada kerajaan negeri bagi kerja-kerja pengubahsuaian.


Walau bagaimanapun katanya, lot niaga di bahagian pasar basah yang menempatkan peniaga ikan, daging, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan barang dapur serta kedai jahit di aras dua telah dibuka sejak beberapa bulan lalu.

"Kerja-kerja akhir mengambil masa kira-kira sebulan lagi bagi memastikan ruang niaga kedai pelbagai dan medan selera lebih tersusun, termasuklah tandas awam dan laluan pejalan kaki yang lebih selesa.

"Manakala, kawasan tapak pasar lama yang bersebelahan dengan pasar baru akan dijadikan lot parkir kenderaan," katanya ketika dihubungi Teganukita di sini hari ini.

Tambah Talaha, pasar berkenaan mula dibangunkan pada tahun 2006 bagi menggantikan pasar lama yang sudah uzur.HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Monday, June 27, 2011

Forum Perdana Sempena Israk Mikraj

Tarikh : 23 Jun 2011
Jam : 9.00 Malam

Pengerusi : Ust Haji Shamsuri Sulong
Panel : 1. Ust Badlishah b. Alauddin
2. Ust Komaruldin b. Omar

Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Berang

Turut di hadiri oleh ADUN K.Berang YB Tuan Haji Mohd Zawawi Ismail, Ketua Penyelia APMT DUN K.Berang YM Tuan Haji Razilah bin Said Mohd, Ketua Cawangan Kg.Butut Hj. Mohd Rashid bin Ismail dan Kakitangan-kakitangan sektor kerajaan.





























































































berita penuh

Monday, May 9, 2011

T’Shoppe Kuala Berang, Kemaman raih jualan RM3,000 sehari


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera (tengah) bersama Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SRM) Terengganu, Encik Umar Sarim Saidin dan Timbalan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Encik Tahir Mat Yusoh.

T’Shoppe perlu mensasarkan jualan RM2,500 hingga RM3,000 sehari bagi memastikan kedai serbaneka itu mampu meraih keuntungan sekaligus dapat menampung pusingan modal pembelian produk dan bayaran sewa premis setiap bulan.

Dua rangkaian T’Shoppe yang mampu meraih jualan itu adalah T’Shoppe di Kuala Berang dan Kemaman.


“Kalau dapat RM2,000 ke atas sehari baru boleh untung dan `cover’ kos initial termasuk pengubahsuaian kedai serta bayar sewa bulanan kedai.
“ Untuk pengubahsuaian kedai, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) sediakan peruntukan RM200,000 ke atas termasuk pusingan modal bagi membantu pengusaha,” katanya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera, ketika sidang media sempena Program Bicara Media anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom), di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu, petang semalam.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Encik Umar Sarim Saidin, Timbalan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Encik Tahir Mat Yusoh, Timbalan Pengarah Ukom, Encik Ruslan Abdul Rahman dan Presiden Kelab Wartawan Terengganu, Encik Ayob Mamat.

Dato’ Mohamed berkata, kos sewa premis perniagaan itu bergantung kepada lokasi dan kadarnya lebih mahal apabila terletak di bandar besar serta boleh mencecah sehingga RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.

Sementara itu, katanya kerajaan negeri hanya mengambil satu peratus royalti setahun daripada jumlah keseluruhan jualan tahunan setiap T’Shoppe. Jika jumlah jualan RM100,000 setahun, maka hanya RM1,000 sahaja yang diambil.

“Kerajaan negeri mengambil jumlah yang kecil kerana kita bukan bertujuan untuk berniaga sebaliknya membantu pengusaha tempatan memasarkan produk IKS mereka,” katanya.

Beliau berkata, T`Shoppe merupakan alternatif terbaik yang dilaksanakan YPU bagi membantu golongan usahawan yang sebelum ini sukar mendapat tempat di pasar raya terkenal di negeri ini.

Oleh itu, bagi memperhebatkan rangkaian itu, YPU mensasarkan 100 rangkaian T`Shoppe bakal dibuka di seluruh negara, sama ada diuruskan Cakna atau perkongsian pintar (Joint Venture Company).

“Sebagai pelengkap kepada jaringan T’Shoppe, YPU mewujudkan Pusat Pengumpulan, Pembungkusan dan Pemasaran (TP3) semata-mata bagi menjalankan aktiviti berkaitan,” katanya.

Katanya, pihaknya mensasarkan 70 peratus daripada produk IKS dijangka dapat dipasarkan menerusi T-Shoppe tidak lama lagi, berbanding hanya 30 peratus produk berkenaan sejak dibuka tiga tahun lalu.

Selain itu, Kerajaan Terengganu mensasarkan untuk mewujudkan 100 buah kedai T'Shoppe di seluruh negara menjelang 2013.

Setakat ini YPU sudahpun mewujudkan 18 buah T'Shoppe di beberapa buah negeri, termasuk dua di Kedah dan satu masing-masingdi Ampang dan Melaka. Sementara yang lainnya di seluruh Terengganu.

Antara rangkaian T’Shoppe di Terengganu, di Jalan Gong Kapas, Kuala Berang, Dataran Shahbandar, Kelulut, Marang; Geliga, Kemaman; Paka, Dungun dan Gong Kemuntung, Besut.

Sebanyak 20 rangkaian lagi sudah dilluluskan kerajaan negeri dan akan beroperasi pada bila-bila masa.


HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Friday, May 6, 2011

Pasar baru Kuala Berang dibuka Jun


Pemasaran produk seperti hasil tani tempatan akan saling membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.

Pasar baru pekan Kuala Berang yang berharga kira-kira RM10 juta akan mula dibuka sepenuhnya pada bulan Jun ini.

Pada masa ini sebahagian peniaga ikan, ayam dan daging sudah mula menggunakan pasar basah manakala peniaga lain akan dipindahkan sepenuhnya bulan depan.

Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said, berkata kerja-kerja penambahbaikan pasar berkenaan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membolehkan pasar tersebut dibuka sepenuhnya kepada orang ramai.


Mengikut perancangan awal, semua peniaga di pasar lama akan dipindahkan pada awal tahun ini, tetapi disebabklan beberapa masalah yang timbul pemindahan itu terpaksa ditangguhkan.

“Kita akan pindahkan semua peniaga ke pasar baru itu setelah kerja-kerja penambahbaikan siap dilakukan tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke beberapa projek di Hulu Terengganu, baru-baru ini.

Pasar berkenaan mula dibina pada tahun 2006 bagi menggantikan pasar lama yang sudah uzur, dalam usaha kerajaan menyediakan proemis perniagaan lebih selesa kepada para peniaga.

HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Thursday, May 5, 2011

PROGRAM ZIARAH KANAK-KANAK ISTIMEWA BERSAMA ADUN KUALA BERANG YB TUAN HJ. MOHD ZAWAWI ISMAIL

TARIKH : 4 MEI 2011
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : KAMPUNG BULUH, KUALA BERANG

PENYERTAAN : YB TUAN HAJI MOHD ZAWAWI ISMAIL YANG DIIRINGI EXCO,PEGAWAI DAN JKKK KG.BULUH, TURUT DISERTAI KETUA PENYELIA APMT DUN KUALA BERANG DAN KAKITANGAN-KAKITANGAN APMT DUN KUALA BERANG.





































berita penuh

Tuesday, April 12, 2011

Juara Bulan Kebajikan yang diadakan di lima buah kampung baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian masyarakat untuk bersama-sama terlibat melalui pengisiannya.

Kampung Langgar,Pulau Kudat,Butut,Kuala Kejir dan Tanggol telah menjadi tumpuan melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti senamrobik,pertandingan mewarna,program gotong royong,jamuan rakyat dan sebagainya.

Rata-rata penduduk lima buah kampung ini keluar tidak kira usia meraikan bersama setiap aktiviti dan jelas tergambar diwajah mereka keseronokan menyertai program Juara Rakyat Bulan Kebajikan.

Program ini ternyata menyatupadukan penduduk sekitar,sekaligus merapatkan hubungan mereka dengan pemimpin












HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh

JUARA RAKYAT-KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT



Kejayaan program Juara Rakyat bulan Kebajikan di lima buah kampung dalam DUN Kuala Berang terbukti berjaya menarik perhatian penduduk di sekitar untuk meraikan setiap program yang dilaksanakan.


Kampung yang bertuah iaitu Kampung Butut,Langgar,Pulau Kudat,Kuala Kejir dan Tanggol menjadi pesta yang cukup meriah yang berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat untuk berkumpul melalui aktiviti yang dilaksanakan.

Senamrobik,larian ria,gotong royong kampung dan sebagainya turut menyaksikan pemimpin turun padang untuk bersama masyarakat sekaligus merapatkan lagi hubungan mereka.Rata-rata penduduk yang ditemui merasa gembira dan puas hati dengan pelaksanaan program yang merapatkan silaturrahim antara satu sama lain.

Pengerusi Program Bulan Juara Rakyat,YB Haji Zawawi Ismail turut menyatakan rasa puas hati dengan penglibatan semua pihak termasuk penduduk kampung dalam menjayakan program tersebut.

HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Monday, February 14, 2011

Kerajaan Iktiraf Khidmat JKKK

Oleh: Aida Abd Rahman dan Mastura Jamaludin

Kerajaan negeri mengiktiraf komitmen padu dan semangat kerjasama yang diamalkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sehingga mampu memperkasakan kumpulan masyarakat di bawah pimpinan mereka.




Tuan Hj Wan Mohd Wan Ibrahim

“JKKK yang ada telah memberikan perkhidmatan yang terbaik dan untuk menghargainya ,majlis anugerah cemerlang ini diadakan sebagai mengiktiraf dan mengucapkan tanda terima kasih dengan perkhidmatan yang terbaik sepanjang bertugas di kawasan masing-masing,” kata Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Hj Wan Mohd Wan Ibrahim, di Majlis Anugerah JKKK Cemerlang peringkat Hulu Terengganu, di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini (14 Februari).

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri merangkap ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, YB Rozi Mamat dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Hj Mohd Nor Othman dan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah.

Haji Wan Mohd berkata, kejayaan yang terhasil disebabkan adanya perpaduan dan semangat bekerjasama dalam satu pasukan sehingga mampu membentuk JKKK yang kuat dan jitu.

Katanya, JKKK perlu ada 4K iaitu `kebersihan, keindahan, keselamatan dan kedamaian’ untuk berjaya dan memperkasakan lagi JKKK di kawasan masing-masing.

Di samping itu, beliau mencadangkan agar satu persatuan belia diwujudkan di setiap JKKK bagi melaksanakan program yang seimbang dengan keperluan para belia dan beliawanis di kawasan masing-masing.

Anugerah disampaikan berbentuk sijil,wang ringgit serta barangan kepada pemenang bagi lapan kategori termasuk desa cemerlang,masjid terbaik,surau terbaik,tanah perkuburan terbaik dan desa harapan terbaik.

HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Monday, January 17, 2011

PROGRAM PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN DAN UNIFORM SEKOLAH DIBAWAH NKRA ANJURAN PENYELARAS DUN MANIR DENGAN KERJASAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT


Oleh Azrie Putera (APMT DUN Manir)

Manir 13 Januari 2011



Tarikh : 13 Januari 2011 (Khamis).
Masa : 2.00 Petang.
Tempat : Dewan Komuniti Pulau Bahagia.
Dirasmikan oleh : Y.Bhg. En. Yusof bin Awang Hitam
(Pegawai Pembangunan DUN Manir).
































HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Tuesday, January 4, 2011

PROGRAM ASSYURA PERDANA DUN TELEMONG

TARIKH : 1 JANUARI 2010
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PASAR KUALA PING
PENYERTAAN : 43 JKKK DALAM DUN TELEMONG & 15 WAKIL JABATAN
PERASMIAN : YB HAJI ROZI BIN MAMAT, EXCO BELIA & SUKAN NEGERI MERANGKAP ADUN
TELEMONG







berita penuh

Sunday, January 2, 2011

PROGRAM JUARA RAKYAT PARLIMEN HULU TERENGGANU BERSAMA PENYELARAS DUN MANIR 2010












Oleh : Azrie Putera (APMT DUN Manir)

Manir - 30/31 December 2010



Juara Rakyat Parlimen Hulu Terengganu pada bulan ini bertemakan "KERJAYA DAN KEMAHIRAN". Di mana ianya dilaksakan di DUN Manir selama 2 hari 2 malam (30-31 December 2010) Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB. Tuan Haji Rozi bin Mamat (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu). Dan Program ini adalah merupakan program terakhir bagi Parlimen Hulu Terengganu dan juga DUN Manir untuk tahun 2010.

Program ini disambut dengan begitu meriah sekali... Pelbagai acara telah dilaksanakan bagi menampakan kemeriahannya. Banyak Jabatan yang terlibat samada kerajaan maupun swasta. Pelbagai gerai pameran juga diadakan bagi memenuhi citarsa pengunjung bagi mendapat maklumat terkini, maka sesuailah dengan tema pada kali ini.

Disamping itu juga bagi menampakan lagi keceriaannya pihak Penyelaras telah mengadakan pertandingan memasak bubur Asyura'. Dimana 7 Petiundi dalam kawasan DUN manir telah terlibat dalam pertandingan ini.
Dan tidak ketinggalan juga acara sukaneka turut diadakan bagi mengiratkan lagi hubungan silaturrahim semua lapisan...., "YANG JAUH DI DEKATKAN & YANG DEKAT DIERATKAN".

Pada malam pertama diadakan program khas Ceramah yang bertajuk "MAAL-HIJRAH". Di mana ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Tuan Haji Fauzi bin Mustafa.

Dari segi kerja amal juga tidak dilupakan, dimana dalam mencapai matlamat program ini pihak Penyelaras juga telah mengadakan lawatan ke rumah orang sakit dan orang-orang tua yang uzur bersama dengan doktor pakar yang telah disediakan oleh pihak Penyelaras. Penyampaian bantuan kewangan kepada anak-anak yatim yang masih berlajar dalam DUN Manir, Penyampaian bantuan E-Kasih pada pelajar yang terpilih, Dan tidak ketinggalan juga penyampaian bantuan bulanan kepada warga miskin oleh JKM.
Bagi pengunjung pula disediakan pemeriksaan, rawatan dan ubat percuma oleh Pusat Rawatan Perubatan "YAH". Dan kerja-kerja amal yang lain, program gotong royong juga turut diadakan.

Pada malam terakhir pula diadakan pertunjukan kebudayaan dengan persembahan nasyid, tarian dan nyanyian, dimana kumpulan nasyid diundang khas kumpulan Saujana dan bagi nyanyian pula diundang khas Aming Spring.
Dan kemuncak persembahan pada malam terakhir Detik 12 malam, bagi menyambut ketibaan Tahun baru 2011dengan tembakan 100 das bunga api......., Semoga Tahun baru 2011 membawa seribu erti pada Parlimen Hulu Terengganu dan DUN manir kearah ke arah kecemerlangan bagi menghadapi PRU13....Amin...!!!



Ustaz Ghazali - Pengerusi bersama Juara Rakyat Parlimen Hulu Terengganu
menyampaikan ucapan alu-aluan
.




En. Yusof bin Awang Hitam - Pengerusi Penyelaras DUN Manir menyampaikan
ucapan alu-aluan
.



YB. Tuan Haji Rozi bin Mamat - Pengerusi Jawatankuasa Belia& Sukan
Negeri Terengganu
merasmikan pembukaan Program Juara Rakyat.



Sedang mengacau bubur asyura'.



Menghias bubur Asyura' untuk dipertandingkan.



YB. Tuan Haji Rozi bin Mamat - Melawat gerai pameran



YB. Tuan Haji Rozi bin Mamat - Bertanyakan sesuatu dalam kunjungannya
di gerai pameran.







YB. Tuan Haji Rozi bin Mamat - Menyampaikan sumbangan Bantuan E-Kasih
kepada salah seorang pelajar yang terpilih.







Sambutan pengunjung begitu membanggakan..







Persembahan Nasyid dari kumpulan nasyid tempatan.



Ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Fauzi Mustaffa.







Salah seorang pengunjung mendapat rawatan percuma di pusat perubatan YAH.







Salah satu acara sukaneka -Mendapat sambutan begiltu meriah sekali.












Dendangan Nasyid dari kumpulan Saujana.



Tarian - Dipersembahkan oleh kumpulan penari kebudayaan Negeri Terengganu.



Ameng Spring - Begitu asyik sekali menyampaikan lagu sehingga
memukau penonton.




Berucap....Y.Bhg. En. Yusof bin Awang Hitam mewakili YBM. Dato' Tengku Putra
dalam acara Perasmian Penutup Program Juara Rakyat Parlimen Hulu Terengganu.



Percikan bunga api - Begitu cantik sekali percikan bungan api dalam
acara kemuncak....., Detik 12 malam, dan tibanya tahun baru 2011.



SEKALUNG PENGHARGAAN :-

YBM. Tengku Putera bin Tengku Awang.
YB. Tuan Haji Rozi bin Mamat (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu).
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Pegawai Daerah Kuala Terengganu (PDKT).
Pegawai Daerah Hulu Terengganu.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Yang DiPertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Pengarah JASA Negeri Terengganu.
Pengarah Penerangan Negeri Terengganu.
Pengurus TNB Kawasan Kuala Terengganu.
Jurutera Daerah JKR Kuala Terengganu.
Pegawai RELA Daerah Kuala Terengganu.
Pegawai KEMAS Daerah Hulu Terengganu.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT).
Pengurus Inforana Holding Sdn. Bhd. (INFORANA).
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu (KBS).
Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu (AADK).
Pengarah Intitut Latihan Perindustrian (ILP).
Pengarah Akademi Binaan Malaysia Kawasan Timur (ABM).
Pengarah Pertanian Negeri Terengganu.
Pengarah FAMA Negeri Terengganu (FAMA).
Pengarah Veterina Negeri Terengganu.
CEO TESDEC Negeri Terengganu(TESDEC).
Pengarah IKBN Wakaf Tapai (IKBN).
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Terengganu (JKTN).
Pegawai MARA Negeri Terengganu (MARA).
Pengarah Terengganu Timber Industri TrainingCentre (TTITC).
Pengarah Kolej ACIMS.
Semua Jawatankuasa Bahagian, Wanita, Pemuda,Puteri, Veteran UMNO Bahagian Hulu Terengganu.
Semua JKKK & Jawatankuasa Cawangan Dalam DUN Manir.
Penghulu Mukim Pulau Bahagia & Manir Tanah Lot.
Noor Arfa Batik.
AM Insurance.
Intitut Kemahiran Dynasty.
Belia MAYC Teluk Ketapang.
Prudential BSN Takaful.
CELCOM.
Dan Semua Pihak yang terlibat Menjayakan Program ini.



"MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN"
"MANIR MAJU 2015"







HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh