Monday, February 14, 2011

Kerajaan Iktiraf Khidmat JKKK

Oleh: Aida Abd Rahman dan Mastura Jamaludin

Kerajaan negeri mengiktiraf komitmen padu dan semangat kerjasama yang diamalkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sehingga mampu memperkasakan kumpulan masyarakat di bawah pimpinan mereka.




Tuan Hj Wan Mohd Wan Ibrahim

“JKKK yang ada telah memberikan perkhidmatan yang terbaik dan untuk menghargainya ,majlis anugerah cemerlang ini diadakan sebagai mengiktiraf dan mengucapkan tanda terima kasih dengan perkhidmatan yang terbaik sepanjang bertugas di kawasan masing-masing,” kata Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Hj Wan Mohd Wan Ibrahim, di Majlis Anugerah JKKK Cemerlang peringkat Hulu Terengganu, di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini (14 Februari).

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri merangkap ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, YB Rozi Mamat dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Hj Mohd Nor Othman dan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah.

Haji Wan Mohd berkata, kejayaan yang terhasil disebabkan adanya perpaduan dan semangat bekerjasama dalam satu pasukan sehingga mampu membentuk JKKK yang kuat dan jitu.

Katanya, JKKK perlu ada 4K iaitu `kebersihan, keindahan, keselamatan dan kedamaian’ untuk berjaya dan memperkasakan lagi JKKK di kawasan masing-masing.

Di samping itu, beliau mencadangkan agar satu persatuan belia diwujudkan di setiap JKKK bagi melaksanakan program yang seimbang dengan keperluan para belia dan beliawanis di kawasan masing-masing.

Anugerah disampaikan berbentuk sijil,wang ringgit serta barangan kepada pemenang bagi lapan kategori termasuk desa cemerlang,masjid terbaik,surau terbaik,tanah perkuburan terbaik dan desa harapan terbaik.

HULU TERENGGANU HARI INI

No comments:

Post a Comment

Post a Comment