Sunday, March 28, 2010

JUARA RAKYAT HULU TERENGGANU MERIAH











KUALA TELEMONG, Program Juara rakyat yang diadakan di Tapak Pasar Malam Kuala Telemong berlangsung selama 3 hari 3 malam itu meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung sepanjang tempoh program itu berlangsung. Program turut dihadiri YBM Dato’ Haji Tengku Putera Tengku Awang, YB Haji Rozi Mamat, YB Encik Zawawi Ismail, Encik Yusuf Bin Awang Hitam dan AJK Bahagian Parlimen Hulu Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Tengku Putera Tengku Awang dengan gimik melepaskan belon ke udara.

Pada program ini juga, YBM Dato’ Haji Tengku Putera Tengku Awang, turut menyampaikan Bantuan Kebajikan kepada warga emas dan Anugerah Tokoh Berjasa di Parlimen Hulu Terengganu. Pada hari perasmian juga, YBM Dato’ Haji Tengku Putera Tengku Awang, diiringi YB Haji Rozi Mamat, YB Encik Zawawi Ismail, Encik Yusuf Bin Awang Hitam dan Encik Baharu Bin Abdul Ghani telah mengunjungi beberapa gerai pameran untuk melihat aktiviti yang telah dijalankan oleh gerai pameran masing-masing.

Program di Kuala Telemong ini bertemakan “perkampungan agensi kerajaan” telah disertai oleh 52 agensi kerajaan. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti pemeriksaan motosikal secara percuma, temuduga terbuka, sukaneka, persembahan kebudayaan, forum Perdana Hal Ehwal Islam, derma darah dan pelbagai lagi aktiviti. Ia telah menarik ribuan pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan program juara rakyat ini.

Menurut Pengerusi Program Juara rakyat Bulan Agensi Kerajaan, Encik Baharu Bin Abdul Ghani berkata, Program Juara Rakyat Kuala Telemong kali ini telah berjaya mencapai objektif dalam mendekatkan hubungan di antara pemimpin dengan masyarakat setempat selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program yang hanya memberi manfaat kepada rakyat.

slogan Kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”


No comments:

Post a Comment