SABTU 6 Febuari - Rakyat negeri ini tidak wajar melupai jasa-jasa UMNO yang sentiasa memperjuangkan nasib mereka sejak negara ini mula mencapai kemerdekaan hingga ke saat ini.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata sewaktu baru mencapai kemerdekaan negara ini agak miskin, tetapi nasib rakyat diberi keutamaan oleh UMNO yang mendokong kerajaan dari zaman Kerajaan Perikatan dan kini Barisan Nasional (BN).
“Kini negara mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan nasib rakyat tidak dilupakan di mana BN membelanjakan peruntukan besar setiap tahun bagi membiayai pendidikan rakyat setiap tahun,” katanya ketika melancarkan Pogram Juara Rakyat peringkat Parlimen Hulu Terengganu di SMK Menerong hari ini.
Katanya, Kerajaan BN membelanjakan 25 peratus daripada bajet tahunan bagi membiayai program pendidikan dan di Terengganu pada tahun ini kira-kira RM240 juta bakal dibelanjakan bagi tujuan yang sama.
“Selama ini kita tidak pernah meminta apa-apa dari rakyat walaupun Umno dan Kerajaan BN mengeluarkan peruntukan yang besar untuk rakyat.
“Apa yang kita mahu ialah rakyat terus menerima manfaat daripada projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan dan usaha ini dapat dilakukan secara berterusan bagi kepentingan generasi akan datang,” katanya.
Bagaimanapn, katanya, usaha memajukan rakyat akan terbantut jika negara ini diperintah oleh parti pembangkang.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negeri ini memastikan UMNO dan BN terus memerintah negeri ini selepas pilihan raya umum akan datang dengan cara memberi undi mereka kepada calon BN.
Dipetik dari TeganuKita
HULU TERENGGANU HARI INI
No comments:
Post a Comment