Monday, March 8, 2010

MENTERI BESAR BERJIWA RAKYAT

4 Mac 2010, Khamis
Oleh : Kumpulan 4- Siri 1


BERLUMPUR...Dato' Ahmad bin Said (berbaju biru) diapit oleh Yusof bin Awang Hitam dan YBM Dato Tengku Putera bin Tengku Awang menanam benih padi bersama masyarakat di Kampung Durian Mas, Manir.

Hulu Terengganu – Menteri Besar Rakyat, istilah paling tepat yang patut diberikan kepada Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said kerana sanggup meluangkan masa menghadiri tiga program yang berasingan tanpa menghiraukan penat lelah.


Ketiga-tiga program tersebut telah dirangkumkan dalam program ‘1 Petang Menteri Besar Terengganu Bersama Rakyat’, anjuran Penyelaras UMNO Dun Manir. Program ini diadakan di tiga lokasi berbeza iaitu di Dewan Komuniti DUN Manir,Kampung Pulau Bahagia, di Sekolah Kebangsaan Teluk Menara dan di Kampung Durian Mas.Program tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran hampir 5,000 orang penduduk tempatan .
Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dianjurkan seperti pameran oleh Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Kesihatan dan Agensi kerajaan seperti AADK,kaunter bayaran bil setempat dan pembukaan akaun baru yang disediakan oleh BSN,pertandingan melukis kanak-kanak TABIKA KEMAS,pertunjukan kebudayaan dan aktiviti ekonomi penduduk tempatan,Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR kepada 81 orang, menanam anak pokok Kelapa Sawit sebanyak 150 pokok, Pelancaran Anak Angkat Penyelaras UMNO Dun Manir (Anak yatim & yatim piatu pelajar sekolah rendah dan menengah dalam DUN Manir dan pelajar Institut Al Quran Terengganu)dan penyampaian Buku Akaun BSN kepada anak angkat kategori pelajar anak yatim & yatim piatu seramai 181 orang(sumbangan penyelaras sebanyak RM20 setiap bulan), menanam padi dan menangkap ikan.

Menurut Pengerusi Penyelaras UMNO merangkap Pegawai Pembangunan Dun Manir, Encik Yusuf Bin Awang Hitam, program ini telah berjaya mencapai objektif dalam mendekatkan hubungan di antara pemimpin dengan masyarakat setempat.

HULU TERENGGANU HARI INI

No comments:

Post a Comment