Thursday, June 3, 2010

PROGRAM PENYAMPAIAN E-BOOK DAN BAUNCER BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH KAWASAN DUN MANIR


Oleh : Azrie Putera (APMT DUN Manir)




Ucapan perasmian YAB. Dato' Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.



Manir - 1 Jun 2010.

Satu majlis penyampaian E-Book untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah dalam Kawasan DUN Manir telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu.
Program ini dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama Penyelaras DUN Manir. Dan program ini berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Pulau Bahagia, Manir, Kuala Terengganu

Dalam ucapan YAB. Beliau menjelaskan bahawa “Pemberian E-Book ini, Negeri Terengganu merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menjadi perintis program ini dan tidak ada negeri lain melaksanakan program seperti ini. Dan E-Book ini juga dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Terengganu sendiri, dibawah Syarikat Terengganu Computer (TC).”



Dalam penyampaian E-Book untuk Sekolah-Sekolah Kawasan DUN Manir pada tahun ini ianya melibatkan enam buah Sekolah Rendah, (Sekolah Kebangsaan Manir seramai 113 orang, Sekolah Kebangsaan Teluk Menara seramai 49 orang, Sekolah Kebangsaan Durian Mas seramai 52 orang, Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam seramai 74 orang, Sekolah Kebangsaan Pulau Bahagia seramai 86 orang dan Sekolah Kebangsaan Pulau Manis seramai 37 orang) dan jumlah keseluruhan seramai 411 orang pelajar darjah 5 telah menerima E-Book tersebut.

Program ini berjalan begitu meriah sekali dengan kehadiran hampir 1,000 orang termasuk warga Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pengerusi-Pengerusi 20 JKKK, guru-guru dan Ibubapa pelajar yang terlibat.

YAB. Dato’ Haji Ahmad bin Said mengharapkan pada semua Ibubapa penerima E-Book agar dapat memanafaatkan pemberian ini dengan sebaik mungkin demi kesinambungan pendidikan anak-anak dalam arus global ini. Dan pihak ibu bapa tidak seharusnya menyalah gunakan E-Book tersebut, tetapi sebaliknya menjadi pemantau terhadap anak-anak dalam penggunaan E-Book ketika berada di rumah.

Dan YAB. Menteri Besar juga telah mengumunkan bahawa pada tahun akan datang Kerajaan Negeri Terengganu bercadang akan menyempurnakan pemberiaan E-Book pada pelajar-pelajar sekolah Menengah pula dan tidak ketinnggalan juga pada guru-guru yang terpilih seluruh Sekolah dalam Negeri Terengganu demi memartabatkan lagi pendidikan Negeri Terengganu kearah kecemerlangan.



Ketibaan YAB. Menteri Besar disambut dengan bunga manggar & paluan kompang.




Asyik - YAB. Menteri Besar begitu Asyik melihat pertunjukan silat.




Ucapan Alu-luan PPD Manir - En. Yusof bin Awang.



Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu sedang menyampaikan ucapan.




Turut hadir dalam program ini ialah Cik Gu Rosali- Pengarah APMT
Negeri Terengganu.
















Sebahagian dari tetamu jemputan yang hadir, terdiri daripada ibubapa pelajar







Antara pelajar yang menerima E-Book dari YAB. Menteri Besar.







Pengerusi JKKK menerima Bauncer pakaian sekolah dari YAB. Menteri Besar





Bertuah - YAB. Menteri Besar menyampaikan basikal pada
pelajar yang bertuah dalam acara cabutan bertuah.



YAB. Menteri Besar melihat demo menggunakan E-Book oleh pelajar.






YAB. Dato' Haji Ahmad bin Said menjawab soalan yang diajukan
oleh wartawandalam sesi sidang akhbar selepas selesai program.



HULU TERENGGANU HARI INI

No comments:

Post a Comment