Tuesday, June 8, 2010

PROGRAM KARNIVAL SUKAN PERGERAKAN PEMUDA & PUTERI DUN TELEMONG

Kampung Kepah, 8 JUN - Pergerakan Pemuda & Puteri dun Telemong telah menganjurkan Karnival Sukan Pemuda & Puteri dun Telemong selama 3 hari bermula 4 - 6 Jun 2010.
Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Rozi bin Mamat EXCO Pertanian & Asas Tan Negeri merangkap ADUN kawasan Telemong. Acara yang dipertandingkan ialah Bola Sepak 7 sebelah, Bola Tampar, Sepak Takraw bagi lelaki, manakala Bola Jaring, Bola Tampar dan Futsal bagi perempuan. Keseluruhannya, Karnival ini mendapat sambutan dan penyertaan yang amat menggalakkan dari cawangan - cawangan dalam dun Telemong.



Antara acara yang dipertandingkan sepanjang berlansungnya
Karnival sukan Pemuda & Puteri DunTelemong



YB Rozi bin Mamat ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena
Karnival Sukan Pemuda
& Puteri dun Telemong


YB Rozi bin Mamat, ADUN kawasan Telemong menyampaikan hadiah
kepada pasukan yang telah berjaya menjuarai pertandingan yang telah dipertandingkan.


berita penuh

Thursday, June 3, 2010

PROGRAM PENYAMPAIAN E-BOOK DAN BAUNCER BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH KAWASAN DUN MANIR


Oleh : Azrie Putera (APMT DUN Manir)




Ucapan perasmian YAB. Dato' Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.



Manir - 1 Jun 2010.

Satu majlis penyampaian E-Book untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah dalam Kawasan DUN Manir telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Haji Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu.
Program ini dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama Penyelaras DUN Manir. Dan program ini berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Pulau Bahagia, Manir, Kuala Terengganu

Dalam ucapan YAB. Beliau menjelaskan bahawa “Pemberian E-Book ini, Negeri Terengganu merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menjadi perintis program ini dan tidak ada negeri lain melaksanakan program seperti ini. Dan E-Book ini juga dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Terengganu sendiri, dibawah Syarikat Terengganu Computer (TC).”



Dalam penyampaian E-Book untuk Sekolah-Sekolah Kawasan DUN Manir pada tahun ini ianya melibatkan enam buah Sekolah Rendah, (Sekolah Kebangsaan Manir seramai 113 orang, Sekolah Kebangsaan Teluk Menara seramai 49 orang, Sekolah Kebangsaan Durian Mas seramai 52 orang, Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam seramai 74 orang, Sekolah Kebangsaan Pulau Bahagia seramai 86 orang dan Sekolah Kebangsaan Pulau Manis seramai 37 orang) dan jumlah keseluruhan seramai 411 orang pelajar darjah 5 telah menerima E-Book tersebut.

Program ini berjalan begitu meriah sekali dengan kehadiran hampir 1,000 orang termasuk warga Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pengerusi-Pengerusi 20 JKKK, guru-guru dan Ibubapa pelajar yang terlibat.

YAB. Dato’ Haji Ahmad bin Said mengharapkan pada semua Ibubapa penerima E-Book agar dapat memanafaatkan pemberian ini dengan sebaik mungkin demi kesinambungan pendidikan anak-anak dalam arus global ini. Dan pihak ibu bapa tidak seharusnya menyalah gunakan E-Book tersebut, tetapi sebaliknya menjadi pemantau terhadap anak-anak dalam penggunaan E-Book ketika berada di rumah.

Dan YAB. Menteri Besar juga telah mengumunkan bahawa pada tahun akan datang Kerajaan Negeri Terengganu bercadang akan menyempurnakan pemberiaan E-Book pada pelajar-pelajar sekolah Menengah pula dan tidak ketinnggalan juga pada guru-guru yang terpilih seluruh Sekolah dalam Negeri Terengganu demi memartabatkan lagi pendidikan Negeri Terengganu kearah kecemerlangan.



Ketibaan YAB. Menteri Besar disambut dengan bunga manggar & paluan kompang.




Asyik - YAB. Menteri Besar begitu Asyik melihat pertunjukan silat.




Ucapan Alu-luan PPD Manir - En. Yusof bin Awang.



Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu sedang menyampaikan ucapan.




Turut hadir dalam program ini ialah Cik Gu Rosali- Pengarah APMT
Negeri Terengganu.
















Sebahagian dari tetamu jemputan yang hadir, terdiri daripada ibubapa pelajar







Antara pelajar yang menerima E-Book dari YAB. Menteri Besar.







Pengerusi JKKK menerima Bauncer pakaian sekolah dari YAB. Menteri Besar





Bertuah - YAB. Menteri Besar menyampaikan basikal pada
pelajar yang bertuah dalam acara cabutan bertuah.



YAB. Menteri Besar melihat demo menggunakan E-Book oleh pelajar.






YAB. Dato' Haji Ahmad bin Said menjawab soalan yang diajukan
oleh wartawandalam sesi sidang akhbar selepas selesai program.



HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Wednesday, April 14, 2010

MB TURUN PADANG BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI SUNGAI BERUA, KUALA BERANG

Dato Ahmad bin Said menerima kalungan dari masyarakat orang asli sempena lawatan beliau ke perkampungan orang asli Sungai Berua.
ADUN Telemong, YB Rozi bin Mamat antara tetamu kehormat yang turut menerima kalungan dari Masyarakat Orang Asli
Tarian Sewang yang dipersembahkan oleh Masyarakat Orang asli kepada para pengunjung program tersebut.
Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said dan tetamu kehormat yang turut hadir Program Mesra Rakyat bersama masyarakat orang asli Sungai Berua.
Sebahagian penduduk yang menghadiri Program Mesra Rakyat Menteri Besar Terengganu Bersama Masayarakat Orang Asli Sungai Berua.




berita penuh

Wednesday, April 7, 2010

Program Mesra Penduduk


MESRA...Pertemuan antara penduduk dengan PPD Manir, Encik Yusof Awang Hitam.

MANIR, 10 Mac - Program yang tidak formal ini telah diadakan pada jam 5.30 petang di Binjai Manis, Manir, Kuala Terengganu.

Pegawai Pembangunan DUN Manir YBhg. Encik Yusof Awang Hitam sentiasa meluangkan masa untuk bermesra dengan penduduk setempat.


Lebih 20 orang penduduk tempatan hadir minum petang dalam program beramah mesra.

PPD DUN Manir datang untuk meninjau permasalahan masyarakat di dalam kawasan sambil dan bertukar fikiran serta cadangan bagi memajukan masyarakat.

HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh

Tuesday, April 6, 2010

WARGA EMAS DIBANTU

SEKITAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBAIKI RUMAH WARGA EMAS DI KAMPUNG KUBANG PALAS ( DUN TELEMONG )

TERBELA... antara rumah yang menerima bantuan atap rumah dari kerajaan negeri

KERJASAMA... beberapa anggota APMT sibuk melakukan kerja-kerja baikpulih rumah

PRIHATIN.. Pengerusi JKKK turut serta melakukan kerja-kerja baikpulih rumah penduduk

berita penuh

MB TURUN PADANG

PRIHATIN... MB turun padang melawat projek tanaman jagung di Kampung Nibong


BINCANG..... MB mengatakan sesuatu kepada YB Rozi Mamat bagi memastikan
projek kerajaan memberi manfaat kepada rakyat


RAMAH... MB bergambar kenangan bersamapeserta projek tanaman jagung

berita penuh

Sunday, April 4, 2010

SEHARI PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI



Ahad
4 April 2010

Oleh : Mohd Ridzuan Bin Mamat


Sungai Berua, Kuala Berang – Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Telemong dengan kerjasama APMT Dun Telemong dan Jabatan Kebajukan Masyarakat Daerah telah menganjurkan satu Program Sehari Pemimpin bersama Masyarakat Orang Asli semalam.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna kanak-kanak tabika orang asli, gotong-royong membersihkan kawasan penempatan orang asli dan sukaneka rakyat . selain itu, penyampaian bantuan keperluan harian kepada masyarakat orang asli tyryt dijalankan.

YB Hj. Rozi Mamat berkata “ Pihak kerajaan pada hari ini tidak pernah meminggirkan masyarakat orang asli malah akan sentiasa membela nasib mereka bagi sama sama mengecapi arus pembangunan negara. Selain itu, pelaksanaan program sebegini dapat mendekati semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik malah dapat berkongsi cara kehidupan mereka”

Pada masa sama, Pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dun Telemong merancang untuk mengadakan Program Berkhatan kanak-kanak orang asli secara beramai-ramai dan bercadang akan menjadikannya satu program tahunan di sini.













berita penuh