Sunday, March 18, 2012

PROGRAM BAKAR AYAM KG. KEMAT

TARIKH     :     01 MAC 2012 ( KHAMIS )

JAM            :      9 MALAM

PENGLIBATAN     :  PENDUDUK KAMPUNG KEMAT DAN APMT DUN TELEMUNG






 

berita penuh

Monday, March 12, 2012

PROGRAM BAKAR IKAN KG, PALOH NYIOR

TARIKH    :   05 FEBUARI 2012

MASA   : 9 MALAM

PENGLIBATAN   :   BELIA KAMPUNG, KAKITANGAN APMT DUN TELEMUNG

PERASMIAN    :   TN HJ ROZI BIN HJ MAMAT ( EXCO BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU MERANGKAP ADUN TELEMUNG )







berita penuh

Monday, February 27, 2012

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT HULU TERENGGANU

TARIKH  : 18 FEBUARI 2012

TEMPAT  :  PADANG KAMPUNG BUTUT

MASA  :  7.30 PAGI

PENYERTAAN : BADAN KERAJAAN, NGO DAN SEKOLAH

 







 Barisan Staf APMT dan Pejabat  Dun Telemong.....



 Melepaskan Penat Selepas Berjalan Sejauh 6KM....



 Penyelaras Dun Telemong Berjaya Menggondol Tempat Ke 2...



 Bergambar Kenangan...



Bergambar Kenangan Dengan YB Tn. Hj. Rozi Bin Mamat...

berita penuh

Monday, February 20, 2012

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

PROGRAM : PEMBAHAGIAN DANA BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA

TEMPAT : DEWAN AKADEMI BINAAN MALAYSIA JENAGOR

MASA     : 2.00 PETANG

SESI   :  19 FEBUARI 2012  ( MUKIM JENAGOR ) , 20 FEBUARI 2012 ( MUKIM HULU TELEMONG )


  PROSES MENUNTUT BAUCER OLEH PENERIMA



  ANTARA BARISAN PENERIMA BAGI SESI INI




  PENERIMA BERSALAMAN DENGAN YB TUN HAJI ROZI ( ADUN TELEMONG )

berita penuh

Sunday, February 5, 2012

PROGRAM GOTONG ROYONG DAN PELANCARAN BASIKAL FIXIE N.221 DUN TELEMONG



       Pada 28 Januari 2012 ( Jumaat ) yang lalu telah diadakan program sehari anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Telemong.Program tersebut diadakan di tiga buah kampung iaitu di Kg. Kuala Ping,Kg. Tengkawang dan Kg. Kepah.Program gotong royong diadakan di sebelah pagi di Kampung Kepah dan Tengkawang.

      Pihak penganjur juga telah menjemput Kelab Basikal 'Ngayuh' Kuala Nerus untuk menyertai program ini seterusnya peserta dijadikan anak angkat kepada penduduk kampung yang terlibat.Pada hari berkenaan,Peserta Kelab Fixie Dun Telemong juga turut serta dan pelbagai aktiviti dijalankan seperti Treasure Hunt,Fixie Stunts dan Fixie Kreatif.
   

     
Pelepasan peserta untuk acara Treasure Hunt


          Pada Malam harinya telah diadakan Pelancaran Kelab Basikal Fixie N.21 Dun Telemong dengan rasminya oleh Yb. Tn. Hj. Rozi Bin Hj. Mamat ( Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu merangkap ADUN Telemong dengan rasminya di Dataran Kuala Ping.Pada malam tersebut juga telah diumumkan nama pemenang bagi peserta-peserta yg menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur pada siang hari.Pelbagai pertunjukan telah diadakan pada malam tersebut bagi memeriahkan lagi majlis seperti pertunjukan bunga api,kebudayaan,dan gimik pelancaran.







 Pelepasan Peserta termasuk YB Tn.Hj. Rozi Bin Hj. Mamat Ke Dataran Kuala Ping dari Kg. Kepah dengan Basikal Fixie Masing-masing.


Gimik Pelancaran


                  Program yang diadakan ini bertujuan mengajak dan menyeru warga muda supaya tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat serta menggalakkan mereka terus bersukan agar sentiasa sihat dan cergas.Diharapkan aktiviti seperti ini dilakukan selalu untuk mengundang lebih ramai generasi muda menyertainya.

berita penuh

Wednesday, February 1, 2012

PROGRAM PEMIMPIN CAKNA  RAKYAT DUN TELEMONG 2012
ANJURAN APMT DUN TELEMONG 
DENGAN KERJASAMA
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TELEMONG 
2 FEB 2012 KHAMIS
KG.TAPAH




























berita penuh

Tuesday, January 10, 2012

Cat hijau di bangunan UMNO, MB serah polis buat siasatan

Oleh FAUZI MOHD

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said kesal dengan tindakan pihak tidak bertangungjawab yang menyimbah cat hijau di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong dan bangunan UMNO di Hulu Terengganu.

Menurutnya, kejadian seumpama itu adalah yang pertama berlaku di negeri ini dan berharap pihak polis dapat membuat sisatan seterusnya mengambil tindakan selanjutnya berhubung kejadian itu.

“Saya tidak tahu apa motif dan tujuan sebenar mereka melemparkan cat di bangunan UMNO serta pejabat Adun dalam kejadian yang berlaku malam tadi.


“Cuma apa yang kita harapkan pihak polis akan membuat siasatan, insyallah kita mungkin dapat melihat rakaman apa yang berlaku di kawasan bangunan UMNO di Kuala Berang sekiranya kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu berfungsi dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui selepas Program Diskusi Bajet 2012 anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Besar, Wisma Darul Iman hari ini.

Dato’ Seri Ahmad mengharapkan kepada orang ramai dan masyarakat setempat yang nampak kejadian mencurigakan di kawasan berkenaan malam kelmarin boleh menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

“Waktu kejadian dan motif tindakan yang dilakukan mereka ini juga tidak dapat dipastikan sama ada bersifat dendam , marah atau satu penghinaan kita tidak tahu.

“Kita tidak mahu membuat spekulasi sama ada tindakan mereka ini ada hubung kait dengan peristiwa keputusan mahkamah kelmarin, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Dato’ Jamshah Mustapa yang turut hadir pada majlis itu berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dan merujuk secara terperinci daripada rakaman CCTV yang ada di tempat kejadian.

“Setakat ini kita tidak mahu buat spekulasi sebaliknya perkara ini akan kita siasat siapa yang terlibat dan bila ianya dilakukan.

“Saya difahamkan perkara ini baru disedari pagi tadi ketika mereka datang ke pejabat dan kita berharap mereka yang ternampak kejadian ini dapat membantu kami,” katanya.

Dato’ Jamshah berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wakil UMNO dan juga pejabat Adun yang terbabit.

HULU TERENGGANU HARI INI

berita penuh