Program yang diadakan ini bertujuan mengajak dan menyeru warga muda supaya tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat serta menggalakkan mereka terus bersukan agar sentiasa sihat dan cergas.Diharapkan aktiviti seperti ini dilakukan selalu untuk mengundang lebih ramai generasi muda menyertainya.
Sunday, February 5, 2012
Program yang diadakan ini bertujuan mengajak dan menyeru warga muda supaya tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat serta menggalakkan mereka terus bersukan agar sentiasa sihat dan cergas.Diharapkan aktiviti seperti ini dilakukan selalu untuk mengundang lebih ramai generasi muda menyertainya.
Wednesday, February 1, 2012
Tuesday, January 10, 2012
Cat hijau di bangunan UMNO, MB serah polis buat siasatan
Oleh FAUZI MOHD
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said kesal dengan tindakan pihak tidak bertangungjawab yang menyimbah cat hijau di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong dan bangunan UMNO di Hulu Terengganu.
Menurutnya, kejadian seumpama itu adalah yang pertama berlaku di negeri ini dan berharap pihak polis dapat membuat sisatan seterusnya mengambil tindakan selanjutnya berhubung kejadian itu.
“Saya tidak tahu apa motif dan tujuan sebenar mereka melemparkan cat di bangunan UMNO serta pejabat Adun dalam kejadian yang berlaku malam tadi.
“Cuma apa yang kita harapkan pihak polis akan membuat siasatan, insyallah kita mungkin dapat melihat rakaman apa yang berlaku di kawasan bangunan UMNO di Kuala Berang sekiranya kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu berfungsi dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika di temui selepas Program Diskusi Bajet 2012 anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Besar, Wisma Darul Iman hari ini.
Dato’ Seri Ahmad mengharapkan kepada orang ramai dan masyarakat setempat yang nampak kejadian mencurigakan di kawasan berkenaan malam kelmarin boleh menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.
“Waktu kejadian dan motif tindakan yang dilakukan mereka ini juga tidak dapat dipastikan sama ada bersifat dendam , marah atau satu penghinaan kita tidak tahu.
“Kita tidak mahu membuat spekulasi sama ada tindakan mereka ini ada hubung kait dengan peristiwa keputusan mahkamah kelmarin, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Dato’ Jamshah Mustapa yang turut hadir pada majlis itu berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dan merujuk secara terperinci daripada rakaman CCTV yang ada di tempat kejadian.
“Setakat ini kita tidak mahu buat spekulasi sebaliknya perkara ini akan kita siasat siapa yang terlibat dan bila ianya dilakukan.
“Saya difahamkan perkara ini baru disedari pagi tadi ketika mereka datang ke pejabat dan kita berharap mereka yang ternampak kejadian ini dapat membantu kami,” katanya.
Dato’ Jamshah berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wakil UMNO dan juga pejabat Adun yang terbabit.
HULU TERENGGANU HARI INI
Wednesday, October 26, 2011
JKKK DUN Kuala Berang cipta pulut kuning terpanjang

Oleh: Mastura Jamaluddin
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Kuala Berang merampas kembali rekod pulut kuning terpanjang di Malaysia melalui Malaysian Book of Record selepas mencipta pulut kuning sepanjang 487.5 meter, mengatasi rekod terdahulu 400 meter yang dibuat sebuah persatuan di Perak.
Sebanyak 30 buah JKKK di kawasan berkenaan bergabung bagi menghasilkan pulut kuning tersebut yang menggunakan lebih 1,200 kilogram beras pulut dan 90 biji kelapa.
Pulut kuning itu dibuat sempena Karnival Usahawan Hulu Terengganu anjuran MARA dengan kejasama Biro Ekonomi dan Keusahawanan UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang diadakan selama 11 hari bermula 24hb Oktober hingga 4hb November ini.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, YBM Dato’Haji Tengku Putera Tengku Awang mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.
Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan UMNO Bahagian Hulu Terengganu , Haji Shamsaiful Mahari, berkata sebanyak 70 buah gerai yang menjual pelbagai barangan dibuka oleh usahawan tempatan dan luar seperti Kuala Lumpur dan Pahang sepanjang karnival itu.
“Kami juga mendapat kerjasama daripada agensi-agensi lain seperti Hospital Hulu Terengganu yang mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma dan sekolah yang menyediakan khidmat catering bagi makan minum.
“Tujuan utama karnival ini dianjurkan ialah bagi merapatkan hubungan antara agensi-agensi ini dengan peniaga-peniaga supaya kita dapat bergabung dalam setiap kepakaran yang kita ada,” katanya pada majlis perasmian karnival tersebut.
Turut hadir ialah ADUN Kuala Berang, YB Haji Mohd Zawawi Ismail; Timbalan Pengarah MARA Negeri Terengganu, Encik Mohd Tahir Mohd Jusoh dan wakil-wakil jabatan kerajaan serta pemimpin setempat.
HULU TERENGGANU HARI INI
Friday, October 7, 2011
467 pelajar di DUN Kuala Berang terima e-Book
Oleh: Mastura Jamaluddin
Seramai 467 pelajar Tahun 4 di kawasan Dewan Uundangan Negeri (DUN) Kuala Berang menerima e-Book daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, dalam satu majlis di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, petang semalam.
Pelajar berkenaan yang ditemani ibu dan bapa mereka begitu teruja apabila menerima kemudahan itu yang dibekalkan kepada mereka secara percuma.
Salah seorang pelajar, Wan Nurain Anif Afiqah Wan Nazeli, dari Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, berkata dia sangat gembira mendapat e-Book dan menunggu hari pembahagiannya sejak beberapa hari lalu hinggakan tidak dapat melelapkan mata.
Beliau berjanji akan menggunakan e-book yang diberikan sebaik mungkin bagi meningkatkan prestasi pembelajarannya.
Sementara itu, Menteri Besar dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri sentiasa memertabatkan bidang pendidikan dan pembangunan modal insan kerana ingin melihat lebih ramai anak-anak Terengganu mencapai kejayaan.
Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri , Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Haji Mohd Nor Othman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, YB Haji Zawawi Ismail.
HULU TERENGGANU HARI INI
Thursday, August 4, 2011
Pasar Kuala Berang dibuka sepenuhnya September ini.
Oleh : FAUZI MOHD.
YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said ketika meninjau kemajuan pembinaan Pasar Kuala Berang pada bulan Mei, 2011 lalu.
Pasar baru Kuala Berang yang dirancang bakal dibuka sepenuhnya awal bulan lalu, ditangguhkan sebulan lagi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan.
Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Haji Talaha Ali berkata, pasar yang dibina dengan kos RM12 juta itu menerima peruntukan tambahan RM500,000 daripada kerajaan negeri bagi kerja-kerja pengubahsuaian.
Walau bagaimanapun katanya, lot niaga di bahagian pasar basah yang menempatkan peniaga ikan, daging, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan barang dapur serta kedai jahit di aras dua telah dibuka sejak beberapa bulan lalu.
"Kerja-kerja akhir mengambil masa kira-kira sebulan lagi bagi memastikan ruang niaga kedai pelbagai dan medan selera lebih tersusun, termasuklah tandas awam dan laluan pejalan kaki yang lebih selesa.
"Manakala, kawasan tapak pasar lama yang bersebelahan dengan pasar baru akan dijadikan lot parkir kenderaan," katanya ketika dihubungi Teganukita di sini hari ini.
Tambah Talaha, pasar berkenaan mula dibangunkan pada tahun 2006 bagi menggantikan pasar lama yang sudah uzur.HULU TERENGGANU HARI INI
Monday, June 27, 2011
Forum Perdana Sempena Israk Mikraj
Tarikh : 23 Jun 2011
Jam : 9.00 Malam
Pengerusi : Ust Haji Shamsuri Sulong
Panel : 1. Ust Badlishah b. Alauddin
2. Ust Komaruldin b. Omar
Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Berang
Turut di hadiri oleh ADUN K.Berang YB Tuan Haji Mohd Zawawi Ismail, Ketua Penyelia APMT DUN K.Berang YM Tuan Haji Razilah bin Said Mohd, Ketua Cawangan Kg.Butut Hj. Mohd Rashid bin Ismail dan Kakitangan-kakitangan sektor kerajaan.














